Friday 22 June 2012

SI DIA BERUBAH

ketika aku berada dalam semester satu...ada berlaku satu peristiwa yang mungkin bagi anda semua hanya perasaan ku sahaja..si dia pernah bercerita bahawa  si dia ingin memakai tudung yang lebih labuh..alaaa...macam ustazah - ustazah pakai tue,..hehe..tetapi si dia kata dia malu kerana takut kata - kata orang lain..tetapi suatu hari itu.. aku kata pada si dia yang kita ini berubah kerana Allah bukan kerana manusia..sesungguhnya Allah suka manusia yang berubah kearah kebaikkan..tiba - tiba beberapa hari kemudian..aku lihat si dia memakai tudung labuh seperti yang si dia mahukan..alangkah terkejutnya aku..dan semakin terpegun aku terhadap si dia..dari situ juga aku lihat keayuannya..hehehe..tetapi berdosa jika aku terlalu memikirkannya..sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah kerana membuka pintu hatinya untuk berubah ke tahap itu...dan ketika itu, hanya Allah yang tahu isi hatiku yang melonjak kegembiraan yang amat menggunung...aku sentiasa doakan semoga si dia akan melalui perubahan yang baik - baik belaka..:)

1 comment: