Wednesday 27 June 2012

HALANGAN

pada kali ini aku nak ceritakan tentang halangan yang aku rasa halangan dalam hubungan aku dengan si dia..iaitu kawanku sendiri..aku tidak tahu kenapa hatiku kuat mengatakan bahawa si dia ada hubungan dengan rakan ku itu...hati aku mula diselaputi cemburu yang amat berapi..adakala aku rasakan seperti mahu berpindah ke tempat lain..tetapi aku cuba untuk kuatkan diri aku..ini kerana aku terlalu sayangkan  si dia..aku pernah bergaduh dengan si dia atas sebab - sebab tertentu..masa itu hanya Allah yang tahu sedih di hatiku..kerana ketika itu aku terlalu merindui si dia...aku selalu menyalahkan budak itu kerana bagiku budak itu yang menyebabkan aku dengan si dia berjauhan...tetapi..setelah aku fikir sejenak, baru aku tahu, yang paling jahat itu, adalah syaitan yang menghasut pemikiran aku untuk memutarkan belit segalanya. maka aku serahkan segalanya pada Allah yang menciptakanku. Dia lebih tahu segalanya...dan Dia juga tahu bahawa aku amat - amat mencintai si dia..

Friday 22 June 2012

HATI DERITA

ketika cuti semester yang pertama..aku tidak tahu macam mana aku dan si dia berjauhan..maklumlah cuti semester katakan..hehehe..dalam pada masa yang sama, kami bergaduh..memang salah aku pun..selalu bersangka buruk dan pelbagai tanggapan negatif di kotak pemikiranku..sedih bila aku ingatkannya kembali..dalam masa sebulan lebih itulah kami tidak berhubung antara satu sama lain..waktu itu, hanya Allah yang tahu betapa aku amat - amat merindui si dia..dan semasa akhir cuti semester itu jugalah, aku menetapkan untuk menjauhi si dia..tetapi apa yag berlaku..agak - agak anda..anda semua tahu tak apa yang berlaku???hehehe..nantikannya..

SI DIA BERUBAH

ketika aku berada dalam semester satu...ada berlaku satu peristiwa yang mungkin bagi anda semua hanya perasaan ku sahaja..si dia pernah bercerita bahawa  si dia ingin memakai tudung yang lebih labuh..alaaa...macam ustazah - ustazah pakai tue,..hehe..tetapi si dia kata dia malu kerana takut kata - kata orang lain..tetapi suatu hari itu.. aku kata pada si dia yang kita ini berubah kerana Allah bukan kerana manusia..sesungguhnya Allah suka manusia yang berubah kearah kebaikkan..tiba - tiba beberapa hari kemudian..aku lihat si dia memakai tudung labuh seperti yang si dia mahukan..alangkah terkejutnya aku..dan semakin terpegun aku terhadap si dia..dari situ juga aku lihat keayuannya..hehehe..tetapi berdosa jika aku terlalu memikirkannya..sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah kerana membuka pintu hatinya untuk berubah ke tahap itu...dan ketika itu, hanya Allah yang tahu isi hatiku yang melonjak kegembiraan yang amat menggunung...aku sentiasa doakan semoga si dia akan melalui perubahan yang baik - baik belaka..:)

Thursday 21 June 2012

HARAPAN MENGGUNUNG

semakin hari cinta aku pada si dia semakin menebal..kerana sifat si dia yang membuatkan aku semakin terasa tebal sayangku pada si dia...dalam diam kami menggunakan perkataan "ana anti" dalam perhubungan ini..memang aku rasakan yang si dia memberikan harapan pada diri aku..tetapi yang terjadi adalah sebaliknya..hehehe..kisah itu akan aku ceritakan nanti..hanya satu yang aku tetapkan dalam hati aku..cinta dan sayang aku pada si dia hanya kerana Allah SWT semata - mata..kadang - kadang aku terfikir kenapa Allah tetapkan aku untuk masuk KUIM kemudian aku mengalami kemalangan dan terpaksa tangguh pembelajaran selama satu semester..kemudian Allah tetapkan pula aku bertemu dengan si dia..tetapi itu semua tetap menjadi persoalan dalam kotak pemikiranku..mesti anda semua tertanya - tanya siapa gerangan si dia itu bukan??semua rencana itu akan aku bongkarkan di akhir kisah antara aku dan dia..semoga Allah tunjukkan jalan yang sebaiknya..

HARI DEMI HARI

hari demi hari..cinta aku kepada si dia semakin menebal..walhal bila aku lihat si dia bersama orang lain pun aku cemburu..kadang - kadang aku fikir, adakah itu cinta dari Allah atau cinta dari Syaitan...tetapi jujur aku katakan bahawa semasa aku mula hadir rasa cinta dan sayang dalam diri aku kepada si dia...tiada rasa nafsu aku ke atas si dia..bukan maksudku tiada nafsu langsung, tetapi zaman sekarang, kebanyakkan orang mencintai seseorang itu kerana paras rupanya, kerana bentuk badannya dan sebagainya..tetapi tidak aku..aku mencintainya dan menyayanginya kerana akhlaknya, kerana sifatnya...untuk pengetahuan semua, si dia ini adalah wanita yang pertama kali aku jumpa yang bagiku amat - amat istimewa..kerana sebelum ini aku tidak pernah menemui wanita yang tidak mahu keluar makan denganku, tidak mahu terima pemberianku, tidak mahu balik saing denganku, tidak mahu keluar jalan - jalan denganku..mungkin ianya lucu bagi kamu semua..tetapi tidak bagi aku..kerana seumur hidupku, aku tidak pernah jumpa wanita seperti si dia..dan sejak itulah, aku sentiasa berfikir bahawa si dia telah didatangkan oleh Allah SWT untuk aku...mudah - mudahan...amin..




Wednesday 20 June 2012

SAAT BERMULANYA

saat bermulanya kisah aku dan si dia bila suatu hari semasa aku berada di cafe..aku mendapat panggilan dari si dia yang inginkan aku berjumpa si dia..dalam panggilan itu, aku mendengar suaranya dalam keadaan sedih dan si dia menangis..aku agak terkejut..kemudian aku terus pergi berjumpa si dia..ketika aku bertemunya..itulah kali pertama aku mengenalinya..ketika itu si dia mengalami masalah...dari situ kami kenal dan sejak itu jugalah hati ini hadir satu perasaan yang mungkin boleh dikatakan cinta..tetapi aku masih belum memastikannya...kerana cinta yang aku cari adalah cinta dari Allah..sejak itulah aku mula mendapat semangat untuk ke kelas disebabkan si dia..si dialah yang membuat aku selalu menetapkan dalam hatiku untuk mendapat sesuatu kejayaan..si dia juga mengajar aku erti sesuatu yang sukar kita dapat..iaitu hati manusia..bila aku teringatkan si dia...aku akan sentiasa tersenyum..aku akan sentiasa gembira dengan kehadiran sms si dia, panggilan si dia..dan sebagainya..dan dalam diam, aku mula bermohon pada Allah supaya mendekatkan hati aku dengan hati si dia..:)

Monday 18 June 2012

PERTAMA KALI

sewaktu kali pertama aku melangkah setelah aku menangguhkan pembelajaranku disebabkan kemalangan yang menyebabkan aku terlantar di hospital selama 3 bulan...aku melangkah dengan penuh yakin..tetapi jauh di sudut hati aku..hadir rasa malu, segan, kerana manusia di sekeliling tidak aku kenali..aku mulakan hari aku dengan kesunyian yang meliputi diri aku..tetapi dalam ingatanku peristiwa itu tidak berpanjangan..kerana setelah beberapa hari kemudian, aku mula mengenali rakan - rakan baru dan aku semakin melahirkan sifat diriku yang sebenar iaitu seorang yang amat peramah..tetapi aku masih belum mengenali si dia yang ku cari itu..aku memulakan hari aku  dengan kebiasaan yang dihadapi oleh rakanku yang lain..tanpa aku menyedari, Allah telah hadirkan seseorang untuk aku..tetappi aku masih belum menyedarinya..harap di waktu akan datang aku akan menemuinya...doakan ok..:)

Sunday 17 June 2012

MENCARI SI DIA

dah banyak blog aku buat tapi aku tak pernah bosan untuk semua itu..tetapi kali ini..blog aku hanya untuk luahkan isi hati aku untuk si dia..si dia yang aku tak jumpa..untuk si dia yang aku cari..si dia yang dekatkan aku dengan tuhanku..si dia yang banyak memberi aku semangat..susah aku nak cakap..tetapi bagi aku..dia tetap wanita yang Allah hantarkan pada aku..jiwang pulak aku nie..hehehehe..dah banyak kali aku bercinta, jatuh cinta, di cinta, mencinta dan sebagainya..tetapi bukan itu yang aku cari sebenarnya...aku cari cinta yang hadir dari cinta Allah..dan aku rasa aku sudah pun jumpa..tapi....banyak halangan dan dugaan yang Allah beri pada aku..kadang - kadang aku fikir Allah cuma hadirkan si dia untuk kuatkan semangat aku untuk seketika..aku pun tak tahu..kisah aku akan bermula dari sini..dan nantikanlah kisah yang akan datang..insya Allah..:)