Monday 9 July 2012

CUTI SEMESTER YANG SUNYI 2

aku selalu fikir bahawa cuti adalah waktu yang mengembirakan pada waktu dahulu..tetapi sekarang ia hanya gomolan semata - mata kerana dahulu ketika adanya si dia..hidup aku sentiasa dalam keadaan ceria...tambahan lagi apabila mendengar suaranya..mengenang wajahnya...aku tidak pernah lupa walau sesaat ukiran wajahnya yang tersipu malu...masih terngiang di telinga aku tika aku menelefonnya pada waktu pagi..dan suaranya seakan - akan lelaki...lucu sekali ketika mengingatkan perkara itu...waktu itu indah sekali...huhuhuhu..tetapi tak berpanjangan kegembiraan aku itu...mungkin silap aku sendiri...aku sentiasa berharap dia membaca isi ini setiap hari..

Friday 6 July 2012

CUTI SEMESTER YANG SUNYI

cuti semester kali ini adalah cuti semester yang paling membosankan bagi diri aku..kerana tanpa kehadiran si dia yang amat aku cintai...akan ku sambung kisah ini lain kali...

Wednesday 27 June 2012

HALANGAN

pada kali ini aku nak ceritakan tentang halangan yang aku rasa halangan dalam hubungan aku dengan si dia..iaitu kawanku sendiri..aku tidak tahu kenapa hatiku kuat mengatakan bahawa si dia ada hubungan dengan rakan ku itu...hati aku mula diselaputi cemburu yang amat berapi..adakala aku rasakan seperti mahu berpindah ke tempat lain..tetapi aku cuba untuk kuatkan diri aku..ini kerana aku terlalu sayangkan  si dia..aku pernah bergaduh dengan si dia atas sebab - sebab tertentu..masa itu hanya Allah yang tahu sedih di hatiku..kerana ketika itu aku terlalu merindui si dia...aku selalu menyalahkan budak itu kerana bagiku budak itu yang menyebabkan aku dengan si dia berjauhan...tetapi..setelah aku fikir sejenak, baru aku tahu, yang paling jahat itu, adalah syaitan yang menghasut pemikiran aku untuk memutarkan belit segalanya. maka aku serahkan segalanya pada Allah yang menciptakanku. Dia lebih tahu segalanya...dan Dia juga tahu bahawa aku amat - amat mencintai si dia..

Friday 22 June 2012

HATI DERITA

ketika cuti semester yang pertama..aku tidak tahu macam mana aku dan si dia berjauhan..maklumlah cuti semester katakan..hehehe..dalam pada masa yang sama, kami bergaduh..memang salah aku pun..selalu bersangka buruk dan pelbagai tanggapan negatif di kotak pemikiranku..sedih bila aku ingatkannya kembali..dalam masa sebulan lebih itulah kami tidak berhubung antara satu sama lain..waktu itu, hanya Allah yang tahu betapa aku amat - amat merindui si dia..dan semasa akhir cuti semester itu jugalah, aku menetapkan untuk menjauhi si dia..tetapi apa yag berlaku..agak - agak anda..anda semua tahu tak apa yang berlaku???hehehe..nantikannya..

SI DIA BERUBAH

ketika aku berada dalam semester satu...ada berlaku satu peristiwa yang mungkin bagi anda semua hanya perasaan ku sahaja..si dia pernah bercerita bahawa  si dia ingin memakai tudung yang lebih labuh..alaaa...macam ustazah - ustazah pakai tue,..hehe..tetapi si dia kata dia malu kerana takut kata - kata orang lain..tetapi suatu hari itu.. aku kata pada si dia yang kita ini berubah kerana Allah bukan kerana manusia..sesungguhnya Allah suka manusia yang berubah kearah kebaikkan..tiba - tiba beberapa hari kemudian..aku lihat si dia memakai tudung labuh seperti yang si dia mahukan..alangkah terkejutnya aku..dan semakin terpegun aku terhadap si dia..dari situ juga aku lihat keayuannya..hehehe..tetapi berdosa jika aku terlalu memikirkannya..sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah kerana membuka pintu hatinya untuk berubah ke tahap itu...dan ketika itu, hanya Allah yang tahu isi hatiku yang melonjak kegembiraan yang amat menggunung...aku sentiasa doakan semoga si dia akan melalui perubahan yang baik - baik belaka..:)

Thursday 21 June 2012

HARAPAN MENGGUNUNG

semakin hari cinta aku pada si dia semakin menebal..kerana sifat si dia yang membuatkan aku semakin terasa tebal sayangku pada si dia...dalam diam kami menggunakan perkataan "ana anti" dalam perhubungan ini..memang aku rasakan yang si dia memberikan harapan pada diri aku..tetapi yang terjadi adalah sebaliknya..hehehe..kisah itu akan aku ceritakan nanti..hanya satu yang aku tetapkan dalam hati aku..cinta dan sayang aku pada si dia hanya kerana Allah SWT semata - mata..kadang - kadang aku terfikir kenapa Allah tetapkan aku untuk masuk KUIM kemudian aku mengalami kemalangan dan terpaksa tangguh pembelajaran selama satu semester..kemudian Allah tetapkan pula aku bertemu dengan si dia..tetapi itu semua tetap menjadi persoalan dalam kotak pemikiranku..mesti anda semua tertanya - tanya siapa gerangan si dia itu bukan??semua rencana itu akan aku bongkarkan di akhir kisah antara aku dan dia..semoga Allah tunjukkan jalan yang sebaiknya..

HARI DEMI HARI

hari demi hari..cinta aku kepada si dia semakin menebal..walhal bila aku lihat si dia bersama orang lain pun aku cemburu..kadang - kadang aku fikir, adakah itu cinta dari Allah atau cinta dari Syaitan...tetapi jujur aku katakan bahawa semasa aku mula hadir rasa cinta dan sayang dalam diri aku kepada si dia...tiada rasa nafsu aku ke atas si dia..bukan maksudku tiada nafsu langsung, tetapi zaman sekarang, kebanyakkan orang mencintai seseorang itu kerana paras rupanya, kerana bentuk badannya dan sebagainya..tetapi tidak aku..aku mencintainya dan menyayanginya kerana akhlaknya, kerana sifatnya...untuk pengetahuan semua, si dia ini adalah wanita yang pertama kali aku jumpa yang bagiku amat - amat istimewa..kerana sebelum ini aku tidak pernah menemui wanita yang tidak mahu keluar makan denganku, tidak mahu terima pemberianku, tidak mahu balik saing denganku, tidak mahu keluar jalan - jalan denganku..mungkin ianya lucu bagi kamu semua..tetapi tidak bagi aku..kerana seumur hidupku, aku tidak pernah jumpa wanita seperti si dia..dan sejak itulah, aku sentiasa berfikir bahawa si dia telah didatangkan oleh Allah SWT untuk aku...mudah - mudahan...amin..