Thursday 21 June 2012

HARI DEMI HARI

hari demi hari..cinta aku kepada si dia semakin menebal..walhal bila aku lihat si dia bersama orang lain pun aku cemburu..kadang - kadang aku fikir, adakah itu cinta dari Allah atau cinta dari Syaitan...tetapi jujur aku katakan bahawa semasa aku mula hadir rasa cinta dan sayang dalam diri aku kepada si dia...tiada rasa nafsu aku ke atas si dia..bukan maksudku tiada nafsu langsung, tetapi zaman sekarang, kebanyakkan orang mencintai seseorang itu kerana paras rupanya, kerana bentuk badannya dan sebagainya..tetapi tidak aku..aku mencintainya dan menyayanginya kerana akhlaknya, kerana sifatnya...untuk pengetahuan semua, si dia ini adalah wanita yang pertama kali aku jumpa yang bagiku amat - amat istimewa..kerana sebelum ini aku tidak pernah menemui wanita yang tidak mahu keluar makan denganku, tidak mahu terima pemberianku, tidak mahu balik saing denganku, tidak mahu keluar jalan - jalan denganku..mungkin ianya lucu bagi kamu semua..tetapi tidak bagi aku..kerana seumur hidupku, aku tidak pernah jumpa wanita seperti si dia..dan sejak itulah, aku sentiasa berfikir bahawa si dia telah didatangkan oleh Allah SWT untuk aku...mudah - mudahan...amin..




No comments:

Post a Comment